Monday, September 14, 2009

Demi Masa

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh. Dan orang yang berpesan-pesan kepada kebenaran, begitu juga yang berpesan-pesan kepada kesabaran". Surah-Al Asr

Saya terpanggil untuk berkongsi ilmu serta pendapat mengenai surah ini apabila imam mengalunkan ayat-ayat tersebut sewaktu sembahyang tarawikh di surau taman tadi. Apabila Allah menyebut ayat demi masa, maka boleh dikatakan Allah sudah bersumpah atas masa. Sebab itu, jikalau manusia ingin bersumpah, sumpah la atas nama Allah. Bukan atas nama cinta atau perkara lain. Apabila Allah s.w.t itu telah bersumpah maka dengan automatiknya setiap kalimah di dalam surah ini perlu lah dititikberatkan.

Allah bersumpah sesungguhnya demi masa, manusia itu dalam kerugian. Habis, siapakah yang tidak rugi Ya Allah? Allah menyambung dalam ayat seterusnya. Allah menyebut, hanya ada 4 golongan yang tidak akan rugi. Siapa mereka itu? Mereka lah orang yang beriman, orang yang beramal soleh, yang berpesan-pesan kepada yang hak yakni kebenaran dan yang terakhir yang berpesan-pesan kepada kesabaran.

Lihat lah wahai umat manusia, Allah telah bagi kita 'clue' macam mana untuk tidak berada dalam kalangan orang yang rugi. Kenapa?Kerana maksud Allah kerugian itu ialah balasan azab neraka. Nauzubillah. Seksa pedih yang tidak terhingga. Di dunia ini ada 3 golongan; pertama orang yang beruntung iaitu orang yg berjaya mengikut segala 4 cara yang disebut oleh Allah; kedua orang yang selamat, cukup-cukup modal saja golongan ini; yang ketiga, golongan yang kita tidak mahu tergolong dalam iaitu golongan yang rugi. Golongan yang pertama dan kedua diberi balasan syurga namun malangnya nasib golongan yang ketiga ini. Mahukah kita berada dalam golongan yang terakhir ini. Tepuk dada tanya iman. Apa lagi yang kita tunggu, jalan sudah ditemui, cuma hendak dirintis saja.

Justeru, saya memanggil diri saya sendiri dan juga para pembaca, malam ini sudah menjangkau malam yg ke-25 ramadhan, rebutlah peluang yang masih ada. Tingkatkan amal ibadah, sedekah jariah serta tanamkan sifat khasyatullah dalam diri. Bulan ramadhan, bulan turunnya Al-Furqan, satu kitab yang menjadi pedoman kepada seluruh pelosok umat. Baca lah dengan tadabbur, fahami isi-isi Al-Quran, insyaAllah, kita semua akan memperoleh keberkatan bulan ini. Harapanku, semoga Ramadhan kali ini penuh makna.

Sekian, terima kasih.

2 comments:

  1. ku dlm kerugian...~

    mari memanfaatkan saki baki Ramadhan yg semakin meninggalkan kita.

    ReplyDelete
  2. Moga kita termasuk dalam 4 golongan tersebut. Amiin. :)

    ReplyDelete